Keberkesanan padlet dalam meningkatkan kompetensi literasi menulis murid: satu kajian kuasi-eksperimental terhadap pelajar sekolah menegah.
The effectiveness of padlet in enhancing students’ writing literacy competency: a quasi-experimental study among secondary school learners.
DOI:
https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v9i2.314Keywords:
Literasi menulis, Padlet, Pengolahan idea, Pendekatan digital, Kemahiran abad ke-21Abstract
Abstrak
Kemahiran menulis merupakan komponen asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Namun begitu, tahap penguasaan murid dalam kemahiran menulis, khususnya penulisan karangan fakta masih berada pada tahap yang lemah. Kelemahan ini berpunca daripada kegagalan murid untuk memberi pengolahan idea yang relevan dan bernas. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk menilai keberkesanan penggunaan platform digital, Padlet dalam meningkatkan kemahiran literasi penulisan karangan fakta dalam kalangan murid Tingkatan 3 di Negeri Perlis. Kajian berbentuk kuasi-eksperimental diimplementasikan dengan melibatkan seramai 55 orang murid yang dipilih secara rawak berkelompok daripada 11 buah kelas. Instrumen kajian terdiri daripada set ujian bertulis (pra dan pasca) yang dinilai berdasarkan rubrik pemarkahan terkini Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Analisis statistik dijalankan menggunakan perisian SPSS versi 23.0 untuk mendapatkan nilai min, sisihan piawai dan ujian-t berpasangan bagi menentukan perbezaan signifikan antara skor praujian dan pascaujian pada aras signifikan p < 0.05. Analisis akhir menunjukkan bahawa peningkatan yang signifikan terhadap prestasi kemahiran menulis murid selepas intervensi dijalankan. Analisis statistik menunjukkan peningkatan min skor daripada 15.51 (SP = 2.87) dalam praujian kepada 20.89 (SP = 3.99) dalam pascaujian, dengan nilai-t = 21.34 dan p = 0.0001. Analisis ini membuktikan bahawa Padlet secara signifikan dapat meningkatkan literasi kemahiran menulis murid. Selain itu, analisis kandungan secara kualitatif terhadap karangan murid daripada ujian pra dan pasca mewakili tiga tahap pencapaian, iaitu baik, kepujian dan cemerlang menunjukkan perkembangan positif dari segi kejelasan idea dan keberkesanan pengolahan isi karangan. Kajian ini membuktikan bahawa platform digital, Padlet berpotensi sebagai alat bantu pedagogi yang efektif dalam memperkukuh kecekapan literasi menulis, khususnya dalam penghasilan karangan yang lebih tersusun, bermakna dan selaras dengan keperluan kurikulum semasa.
Abstract
Writing skills constitute a fundamental component that every student must master. However, students’ proficiency in writing, particularly factual essay writing, remains weak. This weakness largely stems from their inability to generate relevant and well-developed ideas. Therefore, the present study aims to evaluate the effectiveness of the digital platform Padlet in enhancing factual essay writing literacy among Form Three students in the state of Perlis. A quasi-experimental design was implemented, involving 55 students selected through cluster random sampling from 11 classes. The research instrument consisted of a set of written tests (pre-test and post-test) assessed using the latest scoring rubric of the Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Statistical analyses were conducted using SPSS version 23.0 to obtain the mean, standard deviation, and paired t-test values to determine significant differences between pre-test and post-test scores at the significance level of p < 0.05. The final analysis indicates a significant improvement in students’ writing performance following the intervention. The statistical results show an increase in mean scores from 15.51 (SD = 2.87) in the pre-test to 20.89 (SD = 3.99) in the post-test, with t = 21.34 and p = 0.0001. These findings demonstrate that Padlet significantly enhances students’ writing literacy skills. In addition, a qualitative content analysis of students’ essays from the pre-test and post-test, representing three achievement levels (good, credit, and excellent), revealed positive developments in idea clarity and the effectiveness of content organisation. This study provides empirical evidence that the Padlet digital platform has strong potential as an effective pedagogical tool for strengthening students’ writing literacy, particularly in producing essays that are more structured, meaningful, and aligned with current curriculum requirements.
Downloads
References
Abd Aziz, N. A., Mohd Nor, N. F., & Zakaria, N. K. (2021). Integrating Padlet in ESL writing classroom: Exploring the potentials and challenges. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 11(7), 1223–1235.
Rahman, A. A., & Makmun, R. (2024). Penerapan Padlet secara kolaboratif bagi mempertingkat teknik penceritaan karangan naratif pelajar Tahun 5. International Journal of Advanced Research in Education and Society, 6(2), 699–713. https://doi.org/10.55057/ijares.2024.6.2.60
Mohamed Yusoff, A. F., Wan Hamat, W. N., & Basir, N. K. (2019). Penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) di Politeknik. e‑Bangi: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16(5), 1–13.
Anuyahong, B. (2024). Using Padlet based on social constructivism to enhance English writing skill of Thai students in higher level. Int. Journal of Language and Education Research, 6(2), 1–18. https://doi.org/10.29329/ijler.2024.1059.1
Tenggok, C., & Nor Shaid, N. A. (2023). Analisis Kesalahan Bahasa dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu Murid Sekolah Menengah. Jurnal Dunia Pendidikan, 5(1), 329–345. https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.27
Chua, Y. P., & Abdul Raof, A. H. (2022). The use of Padlet in enhancing collaborative writing skills among secondary students. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 19(2), 113–128. https://doi.org/10.32890/mjli2022.19.2.5
Dayu, D. P. K., & Aprillia, S. (2025). Pelatihan Penggunaan Aplikasi Padlet Untuk Meningkatkan Keterampilan Guru Mengelola Aktivitas Belajar Di Kelas. Jurnal Pengabdian Masyarakat Bangsa, 3(1), 86-92. https://doi.org/10.59837/jpmba.v3i1.2126
Ismail, E. B., & Ahmad, A. (2022). Kesediaan Murid Mengaplikasikan Penggunaan Web 2.0 dalam Mata Pelajaran Sejarah di Sekolah Menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities 7(2), 1-13. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i2.1285
Lim, W. K., Atan, N.A., Harun, J., & Abdul Hanid, M.F., (2024). Improving Critical Malay Essay Writing Competency through Authentic e Learning. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 13(1), 170–190. https://doi.org/10.6007/ijarped/v13-i1/19394
Ismail, M., Che Kob, C. G., Abdullah, N., & Zamzuri, F. K. (2024). Perspektif Guru Terhadap Elemen Multimedia di Dalam Modul Sequin Topik Reka Bentuk Fesyen Pada Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan Satu. Asian Pendidikan, 4 (1), 43-52. https://doi.org/10.53797/aspen.v4i1.5.2024
Mohamed Nawi, N., & Mohamad, A. (2023). Hubungan penguasaan teknologi dalam pengajaran bahasa Melayu secara dalam talian terhadap kemahiran mendengar dan bertutur. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 9(4), 1–10. https://doi.org/10.47405/mjssh.v9i14.2491
Mohd Noor, N. A., Mahamod, Z., & Mohamad Nasri, N. (2025). Isu dan cabaran pelaksanaan pengajaran penulisan karangan Bahasa Melayu di sekolah rendah. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu, 13(1), 15–23. https://doi.org/10.17576/jatma-2025-1301-02
Fauzia, N., Purwati, O., & Anam, S. (2023). The application of the Padlet learning model to enhance critical thinking and narrative writing skills. In Proc. IJCAH 2023 (p. 865–874). Atlantis Press. https://doi.org/10.2991/978-2-38476-152-4_83
Rofiah, N. L., Mohd, Y., & Waluyo, B. (2023). The efficacy of integrating Padlet‑mediated feedback into writing lessons: A case of low‑proficiency students. JALT CALL Journal, 19(3), 317–343. https://doi.org/10.29140/jaltcall.v19n3.1150
Salleh, S. F., & Harun, J. (2020). Pembelajaran Berasaskan Masalah Menerusi Teknologi Web 2.0 dalam Mata Pelajaran Sains dan Kesannya Terhadap Tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Pelajar. Innovative Teaching and Learning Journal, 3(2), 15–29.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Nur Anis Afina Muhamad Dan, Mohd Hazreen Shah Hassan, Mohd Zikri Ihsan Mohamad Zabhi

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
