Tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR): kajian tinjauan di salah sebuah sekolah kelolaan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS)

Level of teacher readiness in the implementation of teaching and learning at home (PdPR): A survey in one of the schools managed by the Selangor Islamic Education Foundation (YAPIS)

Authors

DOI:

https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v6i2.60

Keywords:

Kompetensi pengetahuan, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), Kesediaan Guru

Abstract

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) merupakan satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meneruskan pelaksanan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian. Walaupun negara dilanda pandemik COVID-19, proses pendidikan tetap diteruskan atas cadangan dan usaha pihak berkepentingan dalam memastikan institusi pendidikan dapat beroperasi seperti sebelumnya. Pelaksanaan PdPR dilihat memberi impak yang positif kepada pelajar, namun tidak kurang juga kesannya kepada guru yang mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan PdPR dan mengenalpasti tahap pengetahuan guru dalam pelaksanaan PdPR. Dapatan kajian diperolehi menggunakan instrumen soal selidik yang diedarkan kepada 22 orang guru di salah sebuah sekolah swasta kelolaan Yayasan Pendidikan Selangor (YAPIS). Dapatan kajian dianalisis secara deskriptif terhadap item-item bagi konstruk tahap kesediaan dalam pelaksanaan PdPR. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini memberi impak kepada kompetensi diri dalam melaksanakan PdPR yang dijangka berterusan walaupun sesi persekolahan bersemuka akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Dapatan kajian ini juga memberi manfaat kepada pihak pengurusan sekolah dalam merancang latihan dalam perkhidmatan bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam melaksanakan PdPR.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Badru, N., Asman, S. & Orlando, H. (2020). Cabaran Revolusi Industri 4.0: Satu Proposisi Berganda Mahasiswa & Graduan Universiti. 1. 1-25.

Bahagian Pendidikan Islam JAIS (2021) Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PkP) untuk Sekolah-sekolah Agama Negeri. Kemaskini 23 FEBRUARI 2021 diakses dari https://pendidikan.jais.gov.my/

Creswell, J. W. (2014) Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches. Thousand Oaks, California: SAGE Publications.

Ehwan Ngadi. (2020). COVID19: Implikasi Pengajaran dan Pembelajaran Atas Talian. Diakses pada 23 Julai 2021 dari https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/covid19-implikasi-pengajaran-dan-pembelajaran-atas-talian/

Jamil Ahmad (2002) dalam Nurul Aisyah Abdullah, Zamri Mahamod & Nor Azwa Hanum Nor Shaid (2016) Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penulisan Karangan Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ) Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 1-9. ISSN: 2180-4842

Manap, F. F. & Abdul Karim, A. (2017) Pengaplikasian Media Sosial sebagai Alternatif Pengajaran & Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar Pengajian Tinggi. Prosiding International Conference on Learning Innovation and Quality Education, 2nd Series 2017.

Mansor, A. N. dalam Kamarudin, K. (2021) Mantapkan PdPR elak keciciran pelajar. UTUSAN Sarawak, 25 Januari 2021 diakses dari https://www.utusanborneo.com.my/2021/01/20/mantapkan-pdpr-elak-keciciran-pelajar

Nor Azilah Ahmad, Norunnajah Ahmat, Mohamad Zahir Zainuddin & Siti Nor Wardatulaina Mohd Yusof. (2017) Pembaharuan Teknik Pengajaran & Pembelajaran (P&P) Subjek Sejarah dan Tamadun Melalui Aplikasi Teknologi Kreatif Keperluan Masa Hadapan. Proceeding of International Conference of Empowering Islamic Civilization. Research Institute for Islamic Product and Malay Civilization (INSPIRE) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Othman Talib. (2013) Asas Penulisan Tesis Penyelidikan & Statistik. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Razaleigh Muhamat @ Kawangit (2014) PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PENGURUSAN AKTIVITI DAKWAH DI SEKOLAH. Available From: Https://Www.Researchgate.Net/Publication/301887153_PERANAN_GURU_PENDIDIKAN_ISLAM_DALAM_PENGURUSAN_AKTIVITI_DAKWAH_DI_SEKOLAH [accessed Sep 12 2021].

Thannimalai, T. (2021) Cabaran PdPR Bahasa Tamil di Sekolah Luar Bandar. MJSSH Online: Volume 5 - Issue 3 (July, 2021), Pages 150 – 158 e-ISSN: 2590-3691. https://doi.org/10.33306/mjssh/147

Wong, L., & Fong, M. (2014). Student attitudes to traditional and online methods of delivery. Journal of Information Technology Education: Research, Volume 13, pp. 1-13. Retrieved on 1 July 2021 from http://www.jite.org/documents/Vol13/JITEv13ResearchP001-013Wong0515.pdf

Zimmer, R., Gill, B., Booker, K., & Lockwood III, J. (2007). State and Local Implementation of the “No Child Left Behind Act” Volume I-Title I School Choice, Supplemental Educational Services, and Student Achievement. A Report from the National Longitudinal Study of" No Child Left Behind"(NLS-" NCLB"). US Department of Education, 62.

Published

2022-12-20

How to Cite

Madzalan, J., Ilias, M. F., Jamar, A. ., Basir, H. ., & Mohd Pisol, M. I. . (2022). Tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR): kajian tinjauan di salah sebuah sekolah kelolaan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS): Level of teacher readiness in the implementation of teaching and learning at home (PdPR): A survey in one of the schools managed by the Selangor Islamic Education Foundation (YAPIS). ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 6(2), 11–18. https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v6i2.60

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>