Penilaian Aspek Konteks dan Input Berkaitan Tahap Pencapaian Kemahiran Bacaan Tilawah Al-Quran Berasaskan Penggunaan Kaedah Warna Terhadap Kelancaran Sebutan Bertajwid Dalam Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Lima Sek. Keb. Bukit Besi, Dungun, Terengganu
An Evaluation On Context And Input Of Reciting Tilawah Al-Quran Performance Based On Colour Method Towards Tajwid Recitation Fluency Among Standard Five Students Of Sekolah Kebangsaan Bukit Besi, Dungun, Terengganu
DOI:
https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v1i2.82Keywords:
Kaedah Warna, Amalan, dan Tilawah Al-QuranAbstract
This research is to evaluate the level of performance in Tilawah Al Quran reciting skills based on color method towards tajwid recitation fluency among standard five students of Sekolah Kebangsaan Bukit Besi, Dungun, Terengganu. This study is a descriptive research of a mixed method of quantitative and qualitative research methodology. The focus population involved 74 standard five students and 63 students as respondents. The selected number of respondents was determined by using Krejcie and Morgan (1970) sampling table. This survey is using performance test and a set of questionnaire as data collection methods. Performance test is structured using tasmik method and assessmet rubric to measure the level of reciting skills among respondents through tajwid color method. A set of questionnaire has been distributed, collected and analyzed as respondents’ data. Part A of the questionnaire is to determine the respondents’ background like gender, learning activities after school hours and the level of education for family background. Part B consists of four evaluation categories based on CIPP Model, Stufflebeam, D.L. (2000). Quantitative data were analyzed descriptively using IBM SPSS Statistic 20.0. Generally, the research outcome shows that tajwid colour method is effective and fulfills the standard criteria of context and product evaluation aspects. Nonetheless, input or the aspect of tajwid skills and process or the aspect of students’ evaluation system can be improved further to upgrade the effectiveness of tilawah in the aspect of tajwid among students as to be practiced in their daily life situations.
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pencapaian kemahiran bacaan tilawah al-Quran berasaskan penggunaan kaedah warna terhadap kelancaran sebutan bertajwid dalam kalangan pelajar-pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Kajian ini mengunakan kaedah metod campuran (mixed metode) berbentuk deskriptif iaitu metod kualitatif dan kuantitatif. Dalam kajian ini, populasi adalah terdiri daripada 74 orang pelajar tahun lima. Kajian ini melibatkan seramai 63 orang pelajar sebagai responden. Penentuan bilangan sampel menggunakan Jadual Krejcie dan Morgan (1970). Kajian dijalankan dalam bentuk tinjauan yang menggunakan ujian pencapaian dan soal selidik sebagai alat mengumpul maklumat. Ujian pencapaian melalui kaedah tasmik dan mengikut rubrik penilaian yang ditetapkan telah digunakan bagi mengukur tahap bacaan responden berdasarkan kaedah warna bertajwid. Satu set soalan kaji selidik yang mengandungi bahagian A dan B telah diedar, dijawab dan dikumpul bagi mengutip data responden. Bahagian A digunakan untuk mengenalpasti latar belakang pelajar merangkumi jantina, pembelajaran al-Quran di luar waktu sekolah dan taraf pendidikan keluarga. Bahagian B pula mengandungi empat kategori penilaian iaitu berdasarkan Model CIPP, Stufflebeam, D.L. (2000). Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistic 20.0 secara deskriptif. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini mendapati keberkesanan kaedah warna bertajwid adalah amat baik dan menepati piawaian dari aspek konteks dan produk. Namun dari sudut input iaitu kemahiran tajwid dan proses dari aspek sistem penilaian pelajar perlu ditambahbaik bagi mempertingkatkan keberkesanan tilawah bertajwid dalam kalangan pelajar dan seterusnya menjadi amalan dalam kehidupan seharian.
Downloads
References
Ab. Halim Tamuri & Mohamad Khairul Azman Ajuhary. “Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Berkesan Berteraskan Konsep Mu’allim”. Jurnal of Islamic and Arabic Education 2(1), 2010 43-56
Abdul Raof Dalip.(1998). Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Agama Islam di Sekolah Menengah Dalam Pendidikan di Malaysia. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ag Ruzaini Ag Ali Omar & Siti Hajar Ahmad Sabari. 2012. “Penggunaan Warna Dalam Pengajaran Hukum Mad Asli Terhadap Murid Tahun Lima Dalam Bacaan Surah Ad-Dhuha”. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang: Sarawak.
An-Nashmy, Ajil Jasim. 1980. Ma’alim fi Tarbiyah. Kuweit: Maktabah al-Manar.
Azman Wan Chik. 1986. Ujian Bahasa Malaysia: Panduan dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Hajijah Hasan. 2008. Kaedah Mesra Warna dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Lima. Kajian Tindakan Sempena Hari Profesionalisme SMK Majakir Papar.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia dalam Pendidikan. Pahang: PTS Publication &Distributors Sdn.Bhd
Juliza Rosli. 2007. Mengurangkan Kesalahan Murid Tahun Dua Membaca Tanda Fathah, Kasrah dan Dhammah dengan Menggunakan Kaedah Mesra Warna. Prosiding Penyelidikan Tindakan 2010 PISMP Ambilan Januari 2007. Pp. 71-78
Jurnal Pendidikan Islam. Jilid 13 Bil 1, 2008. ISSN 0127-5153. Selangor: Yayasan Takmir – Pendidikan.
Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. 2007. Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran . Johor: Penerbit UTM
Kamarul Azmi Jasmi & Mohd Aderi Che Noh. 2013. “Sejarah, Kaedah Serta Model Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran”. UTM & UKM
Kamarul, A. J., Ab. Halim, T., & Mohd Izham, H. (2009). Sifat dan Peranan Keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) dan Hubungannya Dengan Motivasi Pelajar. Jurnal Teknologi, 51(E):57-71.
KamarulAzmi 2010. Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Di Malaysia: Satu Kajian Kes. Tesis Phd. Bangi :Universiti Kebangsaan Malaysia
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. 1970. Determining Sample Sizes For Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 607-610
Mahizer Hamzah, Abdul Talib Mohamed Hashim, Noraini Mohamed Noh & Norazilawati Abdullah.n.d. KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah. Perak : UPSI
Mohd Aderi Che Noh. “Amalan Pengajaran Tilawah Al-Quran: Satu Tinjauan Terhadap Persepsi Guru di Sekolah Menengah Harian Malaysia”. Jurnal of Islamic and Arabic Education 1(1) 57-72.
Mohd Najib Abdul Ghafar. 1999. Penyelidikan Pendidikan. Edisi Pertama. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia
Muhamad Hassan Abd Rahman. 2000. Media pengajaran-penghasilan bahan pengajaran berkesan.Kuala Lumpur: UPM.
Ngalim Purwanto.1990. Psikologi Pendidikan. Bandung: Rosdakarya.
Sapie Sabilan, Suhana Mohamed Lip Mohamad Fuad Ishak, Zetty Nurzuliana Rashed, Suziana Hanini Sulaiman, Rekkeman Kusut & Mohd Kamal Din @ Mohd Nasirudin. 2015. “Penilaian Terhadap Latihan Mengajar Program Diploma Perguruan (TASL), Diploma Perguruan (TESL) dan Diploma Perguruan Pendidikan Islam Fakulti Pendidikan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor: Teori dan Praktis”. Selangor: KUIS.
Siti Afifah Munirah & Wan Nasyrudin Wan Abdullah. 2014. “Pengaplikasian Manhaj Rasulullah SAW Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Program Pengajian Tahfiz Al-Quran Di Penjara Pengkalan Chepa Kelantan”. Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014. ISBN 978-967-5478-78-9: Fakulti Pengajian Islam UKM & Fakulti Kontemporari Islam UnisZA.
Stufflebeam, D.L. 2000. The CIPP Model For Evaluation. In D.L. Stufflebeam, G. F. Madaus, & T. Kellaghan, (Eds.), Evaluation models (2nd ed.). (Chapter 16). Boston: Kluwer Academic Publishers.
Zulina Ahmad Zawawi & Ramlah Mohd Dom. 2012. Elemen Warna, Ruang dan Irama Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam dalam kalangan Guru Pelatih Semester 5 IPG Kampus Pendidikan Islam. Paper presented at the Persidangan Pendidikan Islam Kebangsaan 2012, Negeri Sembilan.

