Tahap profesionalisme guru sekolah rendah agama jabatan agama islam wilayah persekutuan terhadap amalan perancangan pengajaran

The level of professionalism of religious primary school teachers of the islamic religious department of the federal territory towards the practice of teaching planning

Authors

  • Norhisham Muhamad Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Nur Haiza Izhar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tembak, Kuala Lumpur
  • Muhammad Zulazizi Mohd Nawi

DOI:

https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v6i1.63

Keywords:

Tahap Profesionalisme, Guru Pendidikan Islam, Sekolah Rendah Agama, Amalan Perancangan Pengajaran

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap profesionalisme guru sekolah rendah agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) terhadap amalan perancangan pengajaran. Secara umumnya, reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif dan instrumen kajian yang digunakan ialah dalam bentuk set soal selidik. Di samping itu, bilangan sampel kajian yang diambil adalah seramai 274 responden yang terdiri daripada guru-guru Sekolah Rendah Agama (SRA) JAWI di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Data kuantitatif ini dianalisis secara deskriptif melalui perisian SPSS, versi 22 untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan tahap profesionalisme guru SRA-JAWI di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berdasarkan amalan perancangan pengajaran berada pada tahap tinggi (M=4.40, SP=0.32). Implikasi kajian ini dapat menjadi panduan kepada guru-guru yang lain dalam usaha menambahbaik amalan perancangan pengajaran dalam bidang masing-masing dan mampu menghasilkan pengajaran yang berkesan dan berkualiti. Sebagai kesimpulannya, kualiti amalan perancangan pengajaran guru SRA-JAWI di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur perlu dikekalkan agar kecemerlangan pendidikan berterusan dan mampu berdaya saing di persada antarabangsa.

Kata kunci: Tahap Profesionalisme, Guru Pendidikan Islam, Sekolah Rendah Agama, Amalan Perancangan Pengajaran

 

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmad Mohd. Salleh (1997). Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor

Al-Qabisi, Abi Hasan Ali Muhammad Khalaf (1955). Ar-Risalah al-Mufassolah li ahwal al-mua’llimin wa ahkam al- mua’llimin wal mutaalimin. Kaherah. Dar Ehya al-Kutub al-Arabiyyah.

Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin (2014). Rancangan Pengajaran Harian (dalam pengajaran dan pembelajaran) Edisi Kedua. Penerbitan Multimedia. Selangor Darul Ehsan.

Amie Doris Dorin, Evelyn Banu, Lucy AK Tambi &Sim Pik Yun (2018). Kualiti Guru dan Profesionalisma Keguruan: Isu-isu dalam Pendidikan. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia. Selangor.

Cooper, J.M. (2006). The teacher as a reflective decision maker. Dalam Cooper, J.M., Classroom Teaching Skills, hlm 1-19. Boston: Houghton Mifflin Company.

Caroline@Lorena David dan Abdul Said Ambotang (2014). Profesionalisme Guru Novis dalam Pengurusan Pengetahuan, Kesediaan Mengajar dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Terhadap Pelaksanaan Pengajaran di Sekolah. Conference Paper: Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga 2014.

Habibah @ Artini Ramlie, Zaharah Hussin, Saedah Siraj, Mohd Ridhuan Mohd Jamil, Ahmad Arifin Safar, Norshahrul Marzuki Mohd Nor (2016 ). Keperluan Profesionalisme Guru Pendidikan Islam (Gpi) Dalam Aspek Pengajaran. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi Vol. 3, No.3 (85-109)

Habibah @ Artini Ramlie (2017). Pembangunan Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’. Tesis Ijazah Dr Falsafah. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya.

Hamdi Ishak et al (2012). Amalan Pengajaran Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran). Journal of Islamic and Arabic Education 4(2), 2012 11-24

Kamarul Azmi Jasmi & Ab Halim Tamuri (2007). Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran & Pembelajaran. Penerbit Universiti Teknologi Mara. Johor Darul Takzim

Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Sekolah Menengah. Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Putrajaya

Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610. https://doi.org/10.1177/001316447003000308

Mok Soon Sang (1996). Pendidikan Di Malaysia: Untuk Diploma Perguruan.Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kassim (2016). Keberkesanan Permulaan Pengajaran Menerusi Amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) Di Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Negeri Perak. Conference: Wacana Pendidikan Islam, At Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi, Selangor, Volume: Siri ke 11

Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kassim (2017). Pelaksanaan Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Menerusi Kaedah Penyoalan Berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Tinta Artikulasi Membina Ummah 3(1), 2017 42-53

Muhamad Zahiri Awang Mat et. al (2012). Kajian Tahap Profesionalisme Guru Agama Di Sekolah Rendah Agama Kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor. Jurnal Penyelidikan Pendidikan dan Pengajian Islam. Bil 1(36-73).

Nor Asniza Binti Ishak (2017). Perancangan Pengajaran Guru Prauniversiti Tingkatan Enam Dalam Meningkatkan Kualiti Intelektual Pelajar. Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 12. IPG Kampus Ipoh.

Noornajihan Jaafar (2016). Pembangunan Profesionalisme Guru Pendidikan Islam. PENERBIT KUIS. Kajang. Selangor.

Noor Shamshinar Zakaria et al (2017). Kompetensi Guru Pelatih Dalam Penulisan Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Arab. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Norshafinaz Abdul Sani & Faridah Yunus (2018). Amalan Perancangan, Pelaksanaan dan Pentaksiran dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pranumerasi di Tadika Swasta. Jurnal Pendidikan Malaysia 43(2)(2018): 101-110

Shamsina Shamsuddin, Akhiar Pardi (2015). SIRI WACANA AKADEMIA PELANGI: Pedagogi Pendidikan Islam. Pelangi ePublishing Sdn. Bhd.

Zetty Nurzuliana Rashed et al ( 2015). Amalan Pengajaran Guru Tilawah al-Quran: Kajian Kes Di Maahad Tahfiz Sains Negeri Selangor. Tinta Artikulasi Membina Ummah 1(1) 2015 77-86, e-ISSN: 2289-960X

Published

2022-06-30

How to Cite

Muhamad, N., Izhar, N. H. ., & Mohd Nawi, M. Z. . (2022). Tahap profesionalisme guru sekolah rendah agama jabatan agama islam wilayah persekutuan terhadap amalan perancangan pengajaran: The level of professionalism of religious primary school teachers of the islamic religious department of the federal territory towards the practice of teaching planning. ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 6(1), 24–36. https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v6i1.63

Most read articles by the same author(s)