Amalan Membaca dan Menghafaz Surah-Surah Dalam Al-Quran Murid Beragama Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
The Practice of Reciting and Memorizing Verses of Al-Quran Among The Muslim Pupils
DOI:
https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v1i1.115Keywords:
Amalan, Murid-murid Islam, Membaca Al-Quran, Menghafaz Al-Quran, Sekolah Jenis Kebangsaan CinaAbstract
In this challenging era, Islamic Education has become an important and compulsory education for all school levels especially for Muslim pupils. However, there is less emphasis on Islamic Education to Muslim pupils in Chinese National Type Schools. This worries the researcher on the Islamic Education among Muslim pupils especially in Chinese National Type Schools. Therefore, the aims of this study are to investigate and identify the practice of reciting and memorizing verses of al-Quran among the Muslim pupils. It involved nine pupils who were from three different Chinese National Type Schools. Interviews were conducted and were supported by the analysis of data through observation during the data collection. This study used N‟Vivo 11 for further analysis. The results showed that the Muslim pupils were able to recite and memorize the simple verses that were learnt in school. However, the numbers of the Muslim pupils who recite and memorized the verses from al-Quran in school were still at a low level. A thorough observation should be conducted to ensure the Muslim pupils to be persevere more in reciting and memorizing al-Quran in their daily life routines.
Abstrak
Dalam zaman yang mencabar ini, pendidikan agama menjadi pendidikan penting dan wajib dipelajari untuk semua peringkat sekolah khususnya kepada murid yang beragama Islam. Namun begitu, pendidikan agama di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina masih kurang diberikan penekanan yang serius. Hal ini sekaligus membimbangkan pengkaji terhadap pendidikan agama murid-murid beragama Islam di SJKC. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengetahui amalan membaca dan menghafaz surah-surah dalam Al-Quran terhadap murid-murid beragama Islam di SJKC. Kajian ini telah dijalankan terhadap sembilan murid Islam beragama Islam di tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dalam Daerah Johor Bahru. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif melalui temu bual mendalam dan pemerhatian. Dapatan kajian dianalisis secara bertema menggunakan perisian N‘Vivo 11. Hasil dapatan kajian mendapati murid-murid beragama Islam di SJKC mampu membaca dan menghafaz surah-surah yang pendek dan ringkas yang dipelajari di sekolah. Namun begitu, kekerapan murid-murid Islam di SJKC itu sendiri membaca dan menghafaz al-Quran selain di sekolah masih kurang dipraktikkan dan berada pada tahap yang rendah. Oleh yang demikian, pemantauan yang terperinci perlu dijalankan bagi memastikan murid-murid Islam di SJKC terus istiqamah dalam menjalankan amalan harian mereka untuk membaca dan menghafaz al-Quran.
Downloads
References
Anang, Y. (2010). Persepsi pelajar terhadap program membudayakan al-Quran dalam meningkatkan tahap keupayaan pembacaan al-Quran mengikut hukum tajwid: satu kajian di SMK Dato Bentara Luar.Universiti Teknologi Malaysia, Skudai: Tesis Sarjana
Bakar, B. A. (2011). Kemahiran membaca al-Quran dan hubungannya dengan pencapaian Pendidikan Islam di sekolah rendah kawasan luar bandar negeri Sabah. Universiti Utara Malaysia, Perlis, Tesis Sarjana.
Connway & Powell (2010). Basic Research Method For Librarians, United Kingdom; pp111-114 Michaela Hoffman, (2013). Cohhen Kappa as as method for Link Prediction: Oxford Publisher. Durrah, A. (2002). Ensiklopedia Metodologi al-Quran (Vol. 6). Indonesia: Kalam Publika.87-94. Malaysia, K. P. (2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan.
Maskor, N.A. (2012). Penghayatan Agama Islam Di Malaysia Bidang al-Quran.Universiti Malaya, Kuala Lumpur: Tesis Sarjana.
Mohamed, L. (2013). Pendidikan al-Quran kanak-kanak. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi: Tesis Sarjana Pendidikan Islam
Mohamed@Ismail, F. (2013). Kaedah pengajaran hafazan al-Quran dan hubungannya dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Universiti Utara Malaysia, Perlis: Tesis Sarjana
Mohd Aderi Che Noh, R. A. T. (2009). Persepsi pelajar terhadap amalan pengajaran tilawah al-Quran.
Jurnal of Islamic Education, 24(4). pp41-48.
Noah, S. (2009). Persepsi Pelajar Sekolah Mengenai Pengajaran Asuhan Tilawah al-Quran. Jurnal Pendidikan Islam, pp63-79.
Ramli, W. M. F. W. (2010). Persepsi pelajar terhadap kelas kemahiran Al-Quran (KKQ) dalam meningkatkan kemahiran Al-Quran.Universiti Teknologi Malaysia, Skudai: Tesis Sarjana Pendidikan.
Saari, Z. (2010). Faktor-faktor penyumbang kelemahan membaca Al-Quran dalam kalangan pelajar SMK. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai: Tesis Sarjana

