Penilaian Terhadap Aspek Cabaran-Cabaran yang Dihadapi Oleh Guru Semasa Menjalankan Pentaksiran Akhlak Murid

Assessment on Aspect of Challenges Faced By Teachers During Conducting Students’ Characteristics Evaluation

Authors

  • Rohaida Jamaludin KUIS
  • Zetty Nurzuliana Rashed KUIS

DOI:

https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v4i1.22

Keywords:

Pentaksiran Akhlak, Instrumen Pentaksiran Akhlak, Pentaksiran Konstruk Pelajar IKRAM Musleh (PKPIM), Penilaian Program Pentaksiran, Model Penilaian KIPP

Abstract

Moral assessment aims to improve student morals and manners. An instrument for assessing student achievement was developed by the IKRAM Musleh Curriculum and Assessment Unit called Pentaksiran Konstruk Pelajar IKRAM Musleh (PKPIM). The PKPIM is used in a regular student behavior assessment program. A study was conducted to evaluate the process of implementing this moral assessment program using the KIPP Stufflebeam Assessment Model by focusing on the problems faced by teachers in conducting the assessment. This study uses quantitative study design using survey method.  The respondents of this study consisted of 93 teachers who were mentors to sixth year students in all IKRAM Musleh primary schools. Data were collected through interviews and were analysed using descriptive statistics with mean values were calculated to identify the level of process of the programme. The findings show that the aspect of problems encountered by teachers in performing assessments is at 3.89. The items with the highest mean are those involving teachers who do not understand how to implement the PKPIM assessment of 3.99. While the item with the lowest mean is that the time allotted for weekly meetings is insufficient to carry out the assessment activity of 3.71. In conclusion, this evaluation study has shown that the problems encountered by teachers in conducting assessments are that teachers do not understand how to carry out assessments, students do not have clear goals for assessment and allocation of weekly meetings is not sufficient. This moral assessment program is a great program and can change student attitude for the better. Therefore, the program must continue and some improvements need to be made and its implementation needs to be streamlined.

Abstrak

Pentaksiran akhlak bertujuan untuk menambahbaik akhlak dan adab murid. Satu instrumen untuk mentaksir pencapaian akhlak murid telah dibina oleh Unit Kurikulum dan Pentaksiran IKRAM Musleh yang dinamakan Pentaksiran Konstruk Pelajar IKRAM Musleh (PKPIM). PKPIM ini digunakan dalam satu program pentaksiran akhlak murid yang dijalankan secara berkala. Satu kajian telah dijalankan bagi menilai proses pelaksanaan program pentaksiran akhlak ini menggunakan Model Penilaian KIPP Stufflebeam dengan memberi fokus kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh guru semasa melaksanakan pentaksiran. Rekabentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Responden kajian ini terdiri daripada 93 orang guru yang menjadi mentor kepada murid-murid tahun enam di semua sekolah rendah IKRAM Musleh. Pengumpulan data menggunakan instrumen soal selidik. Statistik deskriptif menggunakan min telah digunakan untuk mengenalpasti tahap penilaian proses bagi program pentaksiran ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek masalah yang dihadapi oleh guru semasa melaksanakan pentaksiran berada pada tahap tinggi iaitu 3.89. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah item yang melibatkan  guru kurang faham bagaimana melaksanakan pentaksiran PKPIM iaitu 3.99. Manakala item yang mempunyai min yang paling rendah ialah item masa yang diperuntukan untuk perjumpaan mingguan tidak mencukupi bagi melaksanakan aktiviti pentaksiran iaitu 3.71. Kesimpulannya, kajian penilaian ini telah menunjukkan bahawa masalah-masalah yang dihadapi oleh guru semasa menjalankan pentaksiran ialah guru kurang faham bagaimana menjalankan pentaksiran, murid pula kurang jelas matlamat pentaksiran dan masa yang diperuntukan untuk sesi perjumpaan mingguan adalah tidak mencukupi. Program pentaksiran akhlak ini merupakan program yang baik dan dapat mengubah sikap murid kepada yang lebih baik. Justeru, program ini mesti diteruskan dan beberapa penambahbaikan perlu diambil serta pelaksanaannya perlu diperkemaskan lagi.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ajmain. (2011). Instrumen Pentaksiran Akhlak Malaysia Menurut Pentaksiran Rakan Sebaya (IPAM-RS).

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad. 1998. Ihya Ulum al-Din. Jilid 1. Terj.TK. H. Ismail Yakub. Singapura: Pustaka Nasional.

Azma Mahmood. (2006). Pengukuran Tahap Penghayatan Pendidikan Islam Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Malaysia. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Creswell, J.W. (2002). Educational Research – Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research (2nd Ed). New Jersey: Pearson Merril Prentice Hall.

Fitzpatrick, J.L., Sanders, J.R. & Worthen, B.R. (2004). Program Evaluation: Alternative Approaches and Practical Guidelines. Boston, MA: Pearson.

Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan Budaya Penyelidikan di Kalangan Guru di Sekolah: Satu Penilaian. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Khodori Ahmad. (2001). Pentaksiran Holistik Berteraskan Al-Quran.

Mohamad Fadzil. (2013). Menilai Keberkesanan Pelaksanaan Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Pendidikan Sejarah Sekolah Rendah di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang.

Norasmah Othman. (2002). Keberkesanan Program Keusahawanan Remaja di Sekolah Menengah. Tesis Dr. Fal. Universiti Putra Malaysia.

Stufflebeam. (1971). The Use of Experimental Design in Education Evaluation.

Stufflebeam. (2003). Components of Stufflebeam’s CIPP Model.

Stufflebeam. (2005). CIPP Model (Context, Input, Process, Product). Dlm S.Mathison (pnyt). Encyclopedia of Evaluation. Thousand Oaks. CA; Sage.

Published

2020-06-30

How to Cite

Jamaludin, R., & Rashed, Z. N. (2020). Penilaian Terhadap Aspek Cabaran-Cabaran yang Dihadapi Oleh Guru Semasa Menjalankan Pentaksiran Akhlak Murid: Assessment on Aspect of Challenges Faced By Teachers During Conducting Students’ Characteristics Evaluation. ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 4(1), 8–12. https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v4i1.22

Most read articles by the same author(s)