Ibrah Kisah Nabi Khidir Dalam Surah Al-Kahfi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Alaf Baru
Ibrah From The Story of Prophet Khidir in Surah al-Khafi Towards The New Millennium Of Teaching and Learning
DOI:
https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v1i2.83Keywords:
Nabi Khidir, Konsep pengajaran dan pembelajaran, Surah Al-KahfiAbstract
Learning is a common thing among our society in Malaysia nowadays. This is proved by the diversity of learning programs that are broadcast through various channels that are available in Malaysia. By the 21st century, various new technologies have begun to be introduced to enhance teaching and learning (PdP). Starting in 2015, teachers are encouraged to use new approaches in strengthening PdP in the classroom including emotional learning environment that emphasizes respectation, motivational, regulations and rewards. However, that requirement of learning must be consistent with what is outlined by the Islamic law. Therefore, this paper will discuss about Ibrah of the teaching and learning based on the story of the Prophet Khidir in surah al-Kahfi (60-82). The method of this study is an analysis of the surah based on the views of the tafsir books such as Tafsir al-Azhar, Tafsir Ibn Kathir, and Tafsir Tabari. The research has been done towards the methods used by the Prophet Khidir during the PdP process. The results show that the strategy of PdP that has been used in the presentation to students requires the use of two-way interaction between presenter and listeners based on example of (directly between of teacher and students), Tadarruj (gradually), al-Tarhib wa Targhib (encouragement and threat). This method is seen as one of the effective methods in the new millennium of PdP, especially in the formation of student’s morality.
Abstrak
Pembelajaran bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia pada hari ini. Hal ini dibuktikan melalui kepelbagaian program pembelajaran yang disiarkan melalui pelbagai saluran yang terdapat di Malaysia. Menjelang abad ke 21, pelbagai teknologi baru mula diperkenalkan bagi memantapkan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Bermula tahun 2015, guru digalakkan untuk menggunakan pendekatan baru dalam memantapkan PdP dalam kelas antaranya persekitaran pembelajaran emosi yang menekankan kepada penghormatan, motivasi, peraturan dan ganjaran. Namun demikian, keperluan pembelajaran tersebut mestilah selaras dengan apa yang digariskan oleh syariat Islam. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan mengenai Ibrah pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kisah Nabi Khidir dalam surah al-Kahfi (60-82). Metode kajian ini adalah analisis terhadap surah tersebut berpandukan pandangan dari kitab tafsir seperti Tafsir al-Azhar, Tafsir Ibn Kathir, dan Tafsir Tabari. Penelitian dilakukan terhadap metode yang digunakan oleh Nabi Khidir ketika proses PdP berlangsung. Hasil kajian menunjukkan bahawa strategi PdP yang digunakan dalam penyampaian kepada pelajar memerlukan penggunaan kaedah interaksi dua hala di antara penyampai dan pendengar berdasarkan contoh (antara guru dan pelajar secara langsung), Tadarruj (beransur-ansur), al-Tarhib wa Targhib (galakan dan ancaman). Kaedah ini dilihat sebagai salah satu kaedah yang efektif dalam PdP alaf baru khususnya dalam pembentukan akhlak pelajar.
Downloads
References
Al-Quran Al-Karim.
‘Abd Allah Nasih ‘Ulwan (1989), Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, Singapura : Pustaka Nasional Pte Ltd.
‘Abd Allah Nasih ‘Ulwan (1989), Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, Singapura : Pustaka Nasional Pte Ltd (Tt), H. 633.
Ab. Halim Tamuri Dan Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff. (Pnyt.). (2010). Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Al-Bukhari. Hadis No 119. Bab Ma Yustabbu Lil Alim, Iza Su’ila Ayyu Nas Alim. Juz 1: Hlm. 207.
Al-Tabari. 2000. Jami’ Al-Bayan Fi Ta’wil Al-Quran. Juz 18. Hlm. 55.
Al-Tabari: Muhammad Bin Jarir Bin Yazid. (2000). Jami’ Al-Bayan Fi Ta’wil Al-Quran. Tahqiq: Ahmad Muhammad Syakir. Juz 18. Muassasah Al-Risalah.
Ibn Kathir. Abu Al-Fida’ Isma’il Bin Umar Bin Kathir. (1999). Tafsir Al-Quran Al-Azim. Juz: 5. Dar Tibah Linnashr Wa Tauzi’.
Kamarul Azmi Dan Ab. Halim Tamuri. (2007) Pendidikan Islam, Kaedah Pengajaran & Pembelajaran Muhammad Ahmad Jad El-Maula. T.Th. Qasasul Quran. Mesir: Maktab Tijariyah Kubro. Hlm: 162.
Winarno Surakhmad. (1986). Metodologi Pengajaran Nasional. Bandung. Tarsito. Hlm; 14.
Zamri Mahamod Dan Nur Aisyah Mohamad Noor. (2011). Persepsi Guru Tentang Penggunaan Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu. GEMA Onlinetm Journal Of Language Studies, 11(3), Hlm163-177.
Zawawi Hj. Ahmad (1996). Sains Dalam Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

